Tahniah Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 berjaya...kepada semua krew dan para peniaga kami ucapkan berbanyak2 terima kasih atas penglibatan anda. Moga berjumpa di tahun hadapan.

Wednesday 20 April 2011

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 kembali...

Port Dickson lokasi tetap Pesta Air Malaysia sehingga 2013





Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melihat Piala 4x4 Challenge Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selepas merasmikan Pesta Air Malaysia 2011 Port Dickson, kelmarin.


TELUK KEMANG 1 Mei - Selepas diiktiraf sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara, Port Dickson terus dipilih menjadi lokasi tetap penganjuran sambutan Pesta Air Malaysia bermula tahun ini sehingga 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, langkah itu selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Port Dickson sebagai destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
''Ingin saya maklumkan bahawa Kementerian Pelancongan telah meletakkan sambutan Pesta Air Malaysia di Port Dickson dalam kalendar acara kementerian selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2011, 2012 dan 2013.
''Saya amat berterima kasih kerana sambutan ini dipromosikan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa," katanya selepas majlis Perasmian Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011, di Pantai Cahaya Negeri, di sini, semalam.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang turut berkenan meluangkan masa dengan rakyat jelata.
Menurut Mohammad Razi, meskipun lokasi serta tarikh penganjuran pesta tersebut telah ditetapkan kementerian, namun aktiviti pengisian sambutan perlu dipelbagaikan serta mempunyai kelainan setiap tahun.
''Ini penting bagi menarik minat lebih ramai pengunjung untuk menyertai program yang disediakan sepanjang penganjurannya.
''Tetapi yang paling menarik tahun ini dan buat julung kalinya, Tuanku berkenan untuk merasmikan pesta air ini selain turut serta memandu uji salah sebuah pacuan empat roda (4WD) di tapak demonstrasi," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohammad Razi ketika berucap ringkas pada majlis itu turut memberitahu, kerajaan melalui kementerian telah memperuntukkan RM57.5 juta bagi pelaksanaan projek baru termasuk penyelenggaraan Port Dickson dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
''Kesemua projek tersebut telah pun siap dibangunkan dan kini menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Port Dickson," katanya.


100,000 dijangka sertai Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011

Pantai peranginan Port Dickson sememangnya sinonim dengan tumpuan orang ramai ketika cuti hujung minggu, malah, kehadiran pengunjung akan bertambah ketika sesuatu acara diadakan.

Sebanyak 30 acara disediakan untuk orang ramai sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 yang diadakan pada 29 April hingga 2 Mei 2011.

Pelbagai aktiviti telah diatur dan Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Saujana, Batu 4 dan Pantai Bagan Pinang, Batu 3 akan dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan acara tahunan ini.

Acara yang dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail, beliau yakin, penganjuran kali ini menyasarkan 100,000 orang pengunjung ekoran ketiadaan pesta air pada tahun lalu.

Ini berikutan 1 Mei 2011 jatuh pada hari ahad, orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti bersama kelularga di pantai peranginan popular ini.

Pihaknya menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM70,000 untuk pemenang-pemenang dalam pelbagai acara yang disediakan.

Sementara itu, Konsert Pancaindera yang dibawa khas oleh akhbar Mingguan Malaysia bakal menjadi tarikan kepada warga Malaysia untuk datang ke Port Dickson sambil menikmati keindahan dan pantainya yang bersih," jelasnya lagi.

"Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk Pesta Pancing Port Dickson 2 kategori (Sampan dan Pantai), konsert artis-artis popular bersama RTM Negeri, Sukaneka pantai dan pertandingan mewarna bersama keluarga.

"Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah selain menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya Bolasepak Pantai, Tarik Tali, Bola Tampar dan Bola Jaring yang melibatkan penyertaan 200 peserta.

“Acara lain antaranya Mini Zoo, Persembahan Kebudayaan, Perasmian Pesta, Raja dan Ratu Kanak-Kanak Pantai, Karakoe, Pertunjukkan Layang-Layang, Set Ski, Paramotor, Inflatable Games, Badut, Pertandingan Makan Pizza, Makan KFC dan Goyang A&W bersama para penaja, Uji Bakat bersama RTM Negeri, Wellnes Fun And Run dan banyak lagi”.

"Saya berharap pesta yang diadakan tahun ini sebagai langnkah usaha untuk mempromosikan dan mempopularkan lagi pantai peranginan Port Dickson sebagai kawasan rehat, rekreasi dan aktiviti-aktiviti sukan air.

“Mengalakkan pelancongan domestik bagi pelancong-pelancong baru serta membantu naiktaraf ekonomi setempat dan peluang perniagaan.

"Apa yang penting, melalui pesta ini, ia dapat menyedarkan rakyat mengenai kepentingan menjaga khazanah alam semula jadi terutama dari segi kebersihan dan mengekalkan keasliannya," kata Mohammad Razi lagi.

Pada pesta itu, pantai Cahaya Negeri dan pantai Bagan Pinang menjadi tumpuan kaki pancing apabila pertandingan memancing menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM30,000 bagi kedua-dua ketegori. Bagi kategori pantai juara membawa pulang RM10,000, kedua RM3,000 dan ketiga RM1,000 manakala kategori berpasukan 3 orang kategori sampan pula juara membawa pulang RM3,000, kedua 2,000 dan ketiga RM1,000.

Para penaja antaranya Pizza, KFC, A&W dan 100 Plus turut meriahkan pesta kali ini.

Bagi mereka yang berminat untuk turut mengadakan promosi dan pameran jualan di Port Dickson hubungi Pejabat Kementerian Malaysia Negeri Sembilan 019-6609862/012-2846811/019-6207107.

Info Pesta Air Malaysia Port Dickson

* Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang lokasi Pesta Air Malaysia Port Dickson pada 29 April hingga 2 Mei 2011 jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

* Labuan, Langkawi dan Negeri Sembilan tiga (3) lokasi dipilih untuk acara pesta air tahun ini.

* 30 acara disediakan untuk semua golongan dan rakyat Malaysia.

* 2 konsert 2 malam berturut-turut disediakan iaitu Konsert Pancaindera, Mingguan Malaysia dan Konsert Hiburan Bersama RTM Negeri.

* Kejohanan Bola Sepak Pantai tawarkan hadiah lumayan disamping acara tarik tali, bola tampar dan bolajaring.

* Acara baru peminat kaki pancing kategori sampan berpasukan dan pantai menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000

Fakta Hadiah acara yang ditawarkan

 

Pesta Pancing Port Dickson Kategori Pantai

Juara RM10,000 + Piala Juara

Kedua RM3,000

Ketiga RM1,000

Ke empat hingga 40 (Wang Tunai)

 

Pesta Pancing Port Dickson Kategori Sampan (Berpasukan 3 orang)

Juara RM3,000 + Piala Juara

Kedua RM2,000

Ketiga RM1,000

Ke empat hingga 20 (Wang Tunai)

 

Kejohanan Bola Sepak Pantai

Juara RM1,000 + Piala Juara

Kedua RM700

Ketiga RM500

Keempat RM300

Ke empat hingga 8 (Wang Tunai)

No comments:

Post a Comment